Tragedi Masjid Christchurch:Rakan Kongsi Perbualan Terakhir Haziq - Bulletin Saya

Friday 22 March 2019

Tragedi Masjid Christchurch:Rakan Kongsi Perbualan Terakhir Haziq

0
Tragedi Masjid Christchurch:Rakan Kongsi Perbualan Terakhir Haziq

Khairur Aiman memberitahu, perhimpunan sekolah pada pagi tadi juga bertukar menjadi suram selepas guru membuat pengumuman mengenai kematian Allahyarham Muhammad Haziq.

KUALA LUMPUR: Siapa sangka pertemuan Disember lalu jadi pertemuan terakhir antara Khairul Aiman Redzuan Hafiz Boon dan Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi.

“Aku dah lama tak rasa fun macam ni, aku rindu korang,” itu ungkapan Muhammad Haziq usai pertemuan mereka Disember lalu di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya.

Sebagai kawan baik Allahyarham, pastinya Khairur Aiman amat terkesan dengan pemergian Allahyarham.

Malah, mereka sempat berbual dalam telefon dua hari sebelum insiden serangan Masjid Al-Noor di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

“Banyak yang kami tempuhi bersama-sama,” ujar Khairur Aiman menerusi mesej WhatsApp kepada Astro AWANI.

Perbualan Khairur Aiman bersama wartawan Astro Awani


Khairur Aiman memberitahu, perhimpunan sekolah pada pagi tadi juga bertukar menjadi suram selepas guru membuat pengumuman mengenai kematian Allahyarham Muhammad Haziq.

Pengumuman itu terus diiringi esakan dan air mata rakan sekolah lain yang rapat dengan arwah.

“Kawan-kawan yang rapat dengan arwah semua mula menangis apabila mendengar pengumuman pemergian arwah,” kata Khairur.

Dalam pada itu, Khairur mengakhiri perbualan dengan ungkapan yang begitu menyayat hati.

“Saya pun dah berair mata cerita balik kenangan dengan arwah,” katanya lagi.

BACA: Tragedi solat Jumaat Christchurch: Muhammad Haziq selamat dikebumikan

Seorang lagi kawan baik Allahyarham, iaitu Muhammad Hafiz Azizi Azlee mengakui terkejut sewaktu menerima khabar pemergian Muhammad Haziq pada Rabu malam,

Muhammad Hafiz berkata, pada mulanya dia tidak percaya dengan khabar itu, namun mula menerimanya selepas berita itu disahkan Wisma Putra.

“Masa saya tahu, pukul 12.30 pagi tadi daripada berita yang kawan kongsi dalam group WhatsApp.

“Malam tu kami sukar untuk tidur sedangkan kami perlu menjalani peperiksaan hari ini,” kata Hafiz sewaktu ditemu bual.

Perbualan Hafiz Azizi bersama wartawan Astro Awani



Allahyarham Muhammad Haziq bersekolah di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi sehingga tingkatan tiga sebelum berpindah ke New Zealand.

Arwah Haziq pernah bersekolah di SMK Jalan Empat


Selepas menjalani peperiksaan PT3, arwah berpindah ke New Zealand kerana mengikuti ibunya yang menyambung pelajaran di sana.

'Wajah Haziq tersenyum'

Menurut Zarina, Muhammad Haziq menemui ajal dalam keadaan baik iaitu ketika arwah dalam keadaan berwuduk dan mahu menunaikan solat Jumaat di dalam masjid. - Foto Astro AWANI

ALOR SETAR: Wajah jenazah korban serangan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand Jumaat lalu, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, dalam keadaan tersenyum dan seumpama sedang tidur.

Ibu saudara Muhammad Haziq, Zarina Shuib, 53, berkata, dia dimaklumkan juga wajah anak saudaranya itu seperti bercahaya ketika jenazah anak kedua daripada empat adik beradik itu diuruskan.

Allahyarham Muhammad Haziq menurutnya mengalami kecederaan akibat ditembak sebanyak dua kali pada anggota badan.

Zarina dan keluarga bagaimanapun reda menerima ketentuan tersebut dan meminta seluruh rakyat Malaysia sama-sama mendoakan agar anak saudaranya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Rasa sedih, terkilan sebab dia anak saudara. Reda dengan pemergian dia (Haziq). Mungkin sudah sampai ajal tuhan. Sudah ketentuan meninggal masa tu. Mariani (adik) ada sebut jenazah (Haziq) senyum dan tenang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Hutan Kampung, di sini, pada petang Khamis.

Menurutnya, Muhammad Haziq menemui ajal dalam keadaan baik iaitu ketika arwah dalam keadaan berwuduk dan mahu menunaikan solat Jumaat di dalam masjid.



Tambahnya, adik kepada Muhammad Haziq, Mohd Haris, 12, difahamkan belum mengetahui tentang kematian abangnya itu kerana terpaksa dirahsiakan keluarganya..

Haris yang turut berada di masjid tersebut ketika serangan berlaku masih trauma dan belum pulih sepenuhnya.

Zarina sebelum itu dikunjungi kira-kira 50 ahli jawatan kuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung bagi Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang yang membacakan doa tahlil buat Allahyarham Haziq.

Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan di Christchurch hari ini dengan diiringi bapanya, Mohd Tarmizi Mohd Shuib, 42, dan abang Mohd Tarmizi, Zakaria Shuib, 55, manakala ibu dan adik beradik Allahyarham tidak dibenarkan ke kawasan perkuburan.



Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang (waktu tempatan), 50 disahkan maut dan lebih 50 lagi cedera akibat tembakan  berdekatan Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch.

Empat rakyat Malaysia disahkan terlibat dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand, pada Jumaat lepas, tiga daripadanya cedera Mohd Tarmizi Shuib, Rahimi Ahmad dan Nazril Hisham Omar, sementara Muhammad Haziq dilaporkan hilang dalam kejadian tembakan itu.

Dia bagaimanapun hari ini disahkan terkorban.

sumber;Astroawani
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment