Tragedi Masjid Christchurch....‘Hidung dan bibir merah seperti masih hidup’- Lelaki Ini Kongsi Keadaan Jenazah Haziq - Bulletin Saya

Thursday 21 March 2019

Tragedi Masjid Christchurch....‘Hidung dan bibir merah seperti masih hidup’- Lelaki Ini Kongsi Keadaan Jenazah Haziq

0
Tragedi Masjig Christchurch....‘Hidung dan bibir merah seperti masih hidup’- Lelaki Ini Kongsi Keadaan Jenazah Haziq

SHAH ALAM – Pengebumian jenazah Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, telah disempurnakan di Memorial Park Cemetery Bromley selepas Zohor (waktu tempatan), hari ini.

Salah seorang yang berkesempatan bersama menyempurnakan pengebumian itu, Putera Sriwijaya bersyukur dapat menyertai upacara itu di Facebook miliknya.

Katanya, jenazah adik Haziq telah selamat disolatkan dan dikebumikan lebih kurang sejam yang lepas.
“Alhamdulillah berpeluang mengusung keranda dan menurunkan j3nazah syuhada ke dalam liang lahad. Saya menjadi saksi wajah j3nazah sangat bersih seperti tidur sahaja walaupun sudah seminggu pergi.
“Hidung dan bibir merah seperti masih hidup. MasyaAllah. Barangkali ada amalan arwah ketika hidupnya sehingga terpilih untuk mati dalam keadaan husnul khotimah,” katanya.
P/s: Tiada gambar diambil berhampiran sebagai penghormatan kepada pihak keluarga abg Tarmizi.
Mohd Haziq adalah antara 50 mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu ketika umat Islam sedang menunggu solat Jumaat.

Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan remaja Malaysia itu yang dilaporkan hilang sebelum ini meninggal dunia dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Sumber: gpsbestari

Misteri kehilangan Mohd Haziq akhirnya terjawab apabila mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Wisma Putra semalam mengeluarkan kenyataan rasmi mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq.

Hari ini, j3nazah Haziq telah selamat disemadikan bersama mangsa serangan Christchurch yang terkorban Jumaat lalu.

Perkongsian daripada Twitter Sumisha Naidu yang merupakan seorang wartawan Channel NewsAsia, berkongsi keadaan sekitar upacara pengebumian tersebut.

Suasan hiba menyelubungi keluarga, orang tempatan

Wrapped in white cloth, 17-year-old Haziq Tarmizi’s body is placed in the ground. His father, Tarmizi, watches on in a wheelchair.

The Malaysian flag at Masjid Al Noor

Namun Perkara Ini Dilarang Sama Sekali :

Walau bagaimanapun, menurutnya tidak ada sebarang kamera atau video dibenarkan ketika upacara itu berlangsung.

Ayahnya, Mohd Tarmizi Shuib antara yang turut tercedera dalam serangan itu dilihat mengiringi pengebumian Haziq. Semoga Haziq dan mangsa yang terkorban ditempatkan dikalangan orang yang beriman, serta dikuatkan hati ahli keluarga mereka.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share

Sumber: sumishanaidi  via rimbabara
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment