Kenali Shahmi Aiman, suara disebalik alunan syahdu bacaan Al-Baqarah di Tragedi Masjid di Christchurch - Bulletin Saya

Tuesday 19 March 2019

Kenali Shahmi Aiman, suara disebalik alunan syahdu bacaan Al-Baqarah di Tragedi Masjid di Christchurch

0
Kenali Shahmi Aiman, suara disebalik alunan syahdu bacaan Al-Baqarah di Tragedi Masjid di Christchurch

Ternyata, sehingga kini masyarakat dunia masih terkesan dengan tragedi yang menimpa dua masjid di Christchurch yang telah meragut hampir 50 nyawa insan tidak berdosa.
Terbaru, satu majlis perhimpunan solidariti anjuran Persatuan Penuntut Universiti Canterburry (UCSA) telah diadakan sebagai tanda penghormatan kepada tragedi tragis tersebut.

Tergerak hati baca Surah Al-Baqarah

Sejak semalam telah tular di media sosial video bacaan Surah Al-Baqarah dibaca dengan penuh penghayatan oleh seorang pelajar dari Malaysia yang dikenali sebagai Shahmi Saiful Adly berusia 21 tahun.
Shahmi yang merupakan penuntut Malaysia di UCSA, telah diminta untuk mengiringi bacaan doa, namun menurut pemuda yang berasal dari Kelantan ini tergerak hati untuk mengalunkan sekali Surah Al-Baqarah ayat 154 hingga 157 berserta maksud.

Anak ADUN Salor, hafiz Al-Quran

Shahmi Aiman adalah anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Saiful Adly Abu Bakar, merupakan seorang penghafaz Al-Quran jadi tidah hairanlah bacaannya amat lancar dan jelas.

Alunan Quran diiringi tangisan

Dapat dilihat, alunan ayat suci Al-Quran yang berkumandang di bumi New Zealand dengan dengan penuh rasa hormat daripada ribuan pelajar daripada UCSA.
Malah, ada yang tidak mampu menahan sebak, apabila ada daripada kalangan dilihat mengalirkan air mata mendengar bacaan Quran yang dibaca dengan penuh syahdu dan tertib oleh Shahmi.

10,000 penuntut hadir

Difahamkan, perhimpunan yang diadakan dipadang Universiti Canterburry telah dibanjir dengan seramai 10,000 penuntut yang rata-rata daripada Universiti tersebut.
Sebelum ini, perhimpunan tersebut telah menimbulkan spekulasi ramai apabila ada yang mendakwa ia adalah majlis pengebumian mangsa-mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas.
Sumber : Harian Metro
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment