"Saya Ingin Jumpa Tarrant"....-Mangsa serangan masjid di Christchurch - Bulletin Saya

Tuesday, 19 March 2019

"Saya Ingin Jumpa Tarrant"....-Mangsa serangan masjid di Christchurch

0
"Saya Ingin Jumpa Tarrant"....-Mangsa serangan masjid di Christchurch

SEORANG mangsa serangan di masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand yang kehilangan isteri dalam insiden itu mahukan perdamaian dengan penyerang bersenjata.
Malah, dia yang berkerusi roda mahu berjumpa dengan lelaki bersenjata itu dan memberitahunya "Saya masih kasihkan kamu."
Seramai 50 orang terbunuh dalam kejadian di dua masjid di bandar South Island pada Jumaat lalu, selepas ditembak oleh seorang lelaki bersenjata.
"Saya mahu memberikan mesej kepada individu yang melakukan perkara ini, atau sekiranya dia mempunyai mana-mana rakan yang berfikiran sepertinya, saya masih kasihkan kamu," kata Farhid Ahmed, 59, kepada Reuters dalam sesi temuramah di kediamannya.
"Saya tidak bersetuju dengan apa yang kamu lakukan, kamu mengambil haluan yang salah, petunjuk yang salah, tetapi saya percaya kamu. Bahawa kamu ada potensi yang sangat baik dalam hati kamu," katanya. 
Warga Australia, Brenton Tarrant, 28, yang didakwa pada Sabtu lalu kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai, yang merupakan kejadian tembakan terburuk di New Zealand.
Tarrant direman tanpa rayuan dan akan dihadapkan di mahkamah pada 5 Aprol depan, dengan polis memberitahu lebih banyak pertuduhan akan dikemukakan.
Farhid menggunakan kerusi roda akibat dilanggar sebuah kereta, berada di dalam masjid Al Noor ketika kejadian tembakan berlaku.
"Ketika itu saya menyedari dua perkara iaitu yang pasti ia adalah tembakan dan adalah hari terakhir saya," katanya. 
"Kerana dalam keadaan itu, dengan berkerusi roda, mustahil untuk keluar," tambahnya.
Bagaimanapun, masih ada kemurahan hati dan perpaduan dalam diri mangsa seperti Farid yang membicarakan tentang mengampunkan kesalahan orang lain.
"Jika ada peluang, saya nak berjumpa dengan dia (Tarrant). 
"Saya mahu peluk dia dan katakan kepadanya dari hati saya - saya tiada dendam terhadap kamu, saya tidak pernah membenci dan tidak akan pernah membenci kamu.
"Saya mahu peluk dia dan katakan saya memaafkan dia. Saya mahu beritahu dia, jika dia masih ada ibu, saya mahu peluk ibunya juga dan beritahu si ibu, saya akan layan kamu seperti ibu saudara saya sendiri, ini mesej yang saya hendak sampaikan," katanya. - Reuters
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment