Rahsia Diet Pelik Punca Marilyn Monroe Miliki Tubuh Melentik
Kalau diikutkan, nama Marilyn Monroe sering
dikaitkan sebagai ikon seks era 50-an kerana gerak-gerinya yang seksi
serta penampilannya yang sering dianggap mengiurkan oleh kebanyakan
orang.
Sering mengoles gincu merah di bibir, siapa sangka
sebenarnya kisah kehidupan glamor bintang yang seorang ini sehingga kini masih
menjadi ikutan ramai bahkan, pelan diet Marilyn Monroe telah didedahkan
kepada umum baru-baru.
Ia merupakan beberapa helai penulisan tentang
Marilyn Monroe dalam majalah Peagent terbitan tahun 50-an.
Menurut sumber, bintang
itu berjinak-jinak dengan amalan diet pelik dan ini termasuklah gemar memakan
hati lembu untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badannya.
Minum Susu Suam
Dengan Telur Mentah
Marilyn Monroe pernah menjelaskan bahawa sarapan
yang diambilnya setiap hari adalah termasuk meminum secawan susu suam
dengan dua biji telur mentah!
“Sebelum mandi setiap pagi, saya akan memanaskan
secawan susu. Selesai mandi, saya akan memecahkan dua biji telur ayam mentah ke
dalam susu yang siap dipanaskan tadi, lalu mengacaunya dengan garfu”…
“Tidak ketinggalan, saya juga ambil
pil suplemen sebagai makanan tambahan ketika bersarapan”.
Gemar Makan Hati
Lembu
Mungkin bagi orang muslim rata-ratanya
menolak pengambilan organ binatang kerana ia dikatakan memiliki impak negatif buat
kesihatan umum manusia meskipun memiliki rasa yang enak, namun lain pula
pendapat Marilyn Monroe.
Marilyn menjelaskan yang dia tidak suka
makan di luar saat mengembara atau saat bertugas di luar daerah.
Sebaliknya, dia akan pergi ke mana-mana pasaraya yang terdekat dengan hotelnya
dan membeli daging stik, hati mahupun daging kambing lalu membakarnya
sendiri menggunakan oven di bilik hotel.
Bersenam Untuk Kekal
Keanjalan Payudara
Tidak seperti wanita lain yang lebih gemar
berjogging mahupun mengamalkan senaman mudah seperti aerobik untuk kekal
langsing, Marilyn Monroe mengaku yang dia mengamalkan senaman berat
untuk memontokkan payudara.
Ini adalah termasuk dengan mengangkat berat
2kg sambil berbaring di lantai. “Saya lakukan langkah ini sebanyak
15 kali secara perlahan-lahan. Seterusnya meletakkannya pada sudut 45
darjah dari lantai dan menggerak-gerakan pada gerakan membulatsehingga saya
penat,” ujar Marilyn.
Sekali-Sekala Makan
Aiskrim!
Kita seboleh-bolehnya mahu mengelak manisan dan
sebarang makanan bergula atau berlemak ketika berdiet, tetapi bagi Marilyn, diatidak
gemar mengamalkan diet ekstrem jadi pada masa-masa tertentu, dia akan
sekali-sekala memberi ganjaran pada diridengan pemanis mulut seperti aiskrim sundae.
“Adalah bagus bahawa saya memakan
makanan yang ringkas pada hari biasa. Namun, sejak akhir-akhir ini saya
terpengaruh dengan tabiat untuk berhenti di mana-mana cawangan Will Wright’s
untuk dapatkan aiskrim semasa dalam perjalanan pulang dari kelas drama pada
waktu petang,” jelas Marilyn.
Pelik Tapi Ini
Manfaat Makan Hati Binatang
Menurut perkongsian Healthline.com, meskipun
pemakanan organ seperti hati sudah tidak mendapat sambutan dalam masyarakat
moden hari ini, hati boleh dikira sebagai makanan paling bernutrisi di
planet.
Dengan hanya memakan sedikit kuantiti hati lembu
seperti yang diamal Marilyn Monroe, ia mampu menyumbang lebih 100
peratus RDI yang bisa menggantikan vitamin dan nutrien lain yang
diperlukan badan. Ia juga kaya dengan kandungan protein berkualiti
tinggi serta rendah kalori!
Untuk pengetahuan semua, pengambilan
makanan tinggi protein mampu menurunkan berat badan malah, mengurangkan
rasa lapar serta berkesan mengawal selera. Mungkin sebab
itulah Marilyn Monroe menjadikan hati lembu sebagai makanan utamanya.
Berminat nak cuba?
Wow, thats surely exquisite to recognize the fact and I am positive you will also love my article written here apple tree approximately Hope so you will love to provide me a go-to.
ReplyDeletetest
ReplyDelete