Warganet Jijik Lihat Cara Meghan Bakar Duit
LONDON 22 Feb. - Isteri Putera Harry, Meghan Markle menjadi tumpuan media Britain minggu ini selepas meraikan ketibaan bayi pertamanya yang disifatkan perjalanan mewah ke New York menggunakan jet peribadi.
Bekas pelakon yang akan melahirkan bayinya pada musim bunga itu kembali ke Britain semalam selepas meraikan bersama rakan-rakan selebritinya di suite hotel yang disifatkan akhbar negara itu sebagai paling mahal di Amerika Syarikat (AS).
The Times yang mengetuai kritikan dalam artikelnya hari ini melaporkan, Meghan ‘baby shower’ New York membangkitkan kemarahan ramai.
Laporan itu menyebut, kunjungan tersebut telah mendorong perbahasan tentang kemewahan, gaya dan kesan alam sekitar menyeberangi Atlantik menggunakan jet peribadi.
Artikel yang dikongsi di laman web Mumsnet mendapat perhatian warganet dan ada yang memberi komen, ‘jijik melihat cara beliau membakar duit’.
Akhbar itu dalam artikelnya turut menyatakan sesetengah orang Inggeris berpendapat konsep ‘baby shower’ yang diimport daripada AS, tidak sesuai.
sumber -
The Times