Misteri Avengers,Gadis Menangis Tanpa Henti Ketika Tonton Filem Avangers - Bulletin Saya

Friday 26 April 2019

Misteri Avengers,Gadis Menangis Tanpa Henti Ketika Tonton Filem Avangers

0
Misteri Avengers,Gadis Menangis Tanpa Henti Ketika Tonton Filem Avangers

ZHEJIANG: Seorang gadis dibawa ke hospital setelah menangis tanpa henti selama tiga jam dalam pawagam ketika menonton filem Avengers: Endgame.

Menurut laporan berita people.cn, pelajar kolej di Zhejiang, China itu terus mengalirkan air mata sehinggalah ke penghujung filem.

Pelajar yang dikenali sebagai Xiao Li, 21, itu dilapor membeli tiket filem itu sebaik saja ia mula dijual kepada orang ramai.

Ketika menonton, rakannya perasan yang Xiao Li mengalami masalah pernafasan selain tangan serta kakinya seakan longlai.

Apabila Xiao Li mula menangis dan menunjukkan tanda-tanda kelumpuhan, rakannya terus menghubungi talian kecemasan.

Doktor di Hospital Mingzhou Univeriti Zhejiang yang memeriksa Xiao Li mendapati gadis itu menunjukkan simptom hiperventilasi.

“Gadis itu menangis hingga menyebabkan dia mengalami hiperventilasi.

"Kami berjaya menenangkannya dengan memberikan dia oksigen tambahan."

Keadaan Xiao Li semakin pulih selepas rawatan dan dia dibenarkan pulang pada hari sama.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment