Tak Perlu Keluar Belanja,Rumah Tetap Wangi
POTPURI dari kelopak bunga kering yang dihasilkan daripada kelopak bunga, buah dan rempah yang dikeringkan serta diberikan wangian bernuansa natural untuk menyegarkan ruang kediaman.
Potpuri sangat sesuai diletakkan di bahagian ruang kediaman seperti bilik tidur, bilik air dan ruang tamu. Ianya akan menambah aroma pada keseluruhan kediaman.
Cara untuk membuat potpuri ini, ambil bunga mawar dan campurkan beberapa rempah ratus seperti kulit kayu manis, cengkih, kopi, atau daun teh serta hirisan limau atau lemon.
Kepelbagaian bahan ini akan memberi kesan bau yang tersendiri. Bahan tadi dijemur sehingga kering dan taburkan ia ke atas kain yang bersih.
Letakkan di dalam mangkuk cantik lalu tambahkan minyak aromaterapi beberapa titik. Jangan terlalu banyak bila dititikkan minyak aromaterapi kerana baunya akan menyengat.
Anda juga boleh menyimpan potpuri di dalam punjut yang cantik dan hadiahkan kepada rakan-rakan.
DAUN PANDAN
Selain dimasukkan dalam masakan untuk aroma wangi, daun pandan juga boleh dijadikan wangian semula jadi dalam rumah.
Ibarat seperti bunga rampai, hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di dalam bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.
LIMAU KASTURI
Belah limau nipis atau kasturi kepada dua bahagian dan simpan di dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan.
Hirisan limau nipis atau kasturi juga boleh dicampur bersama sabun pencuci pinggan untuk aroma yang lebih menyegarkan. Ia juga handal untuk menghapuskan kotoran berminyak.
SERAI WANGI
Selain menghasilkan aroma yang menyegarkan, serai wangi juga berupaya menghalau nyamuk dan serangga.
Caranya ambil beberapa batang serai wangi dan buang sedikit daunnya, letak di dalam bekas yang panjang. Makin lama serai wangi ini akan mengeluarkan aroma makin kuat.
DAUN PUDINA
Wangian segar dan harum dari daun pudina, dengan cara ambil beberapa helai daun pudina dan rendam di dalam bekas berisi air.
Letak di mana-mana sudut sama ada anda boleh letakkan di meja ruang tamu contohnya. Daun pudina ini mampu bertahan selama dua hingga tiga hari.
BUNGA
Beberapa jenis bunga mampu mengharumkan kawasan kediaman dan boleh bertahan sehingga seminggu. Contohnya bunga melur, harum sundal malam, cempaka, kenanga, kemboja, kesidang dan lili putih. Ambil beberapa kuntum bunga yang anda kehendaki dan letak di dalam bekas, anda pasti akan terhidu bau yang harum ini memenuhi ruang rumah anda.
PENYEGAR UDARA
Tidak puas hati dengan penyegar udara (air freshener) yang dijual di pasaran, apa kata anda buat sendiri jenama anda dan pastinya lebih menjimatkan duit anda.
Cara membuatnya, ambil botol spray kosong, satu sudu teh baking soda, pewangi aromaterapi jenis essential oil seperti lavender. Guna dalam tiga titik dan air secukupnya.
Masukkan air dalam botol spray, masukkan baking soda dan essential oil dan goncang. Siap dan boleh digunakan pada ruang bilik tamu, bilik air dan bilik tidur.
Boleh juga digunakan pada fabrik dan juga karpet atau mungkin juga boleh menjadi wangian dalam kereta.
Sumber: http://perpustakaanjbpm.blogspot.com