Lelaki ini diarah buka samping ketika masuk Istana Johor.TMJ Bagi Jawapannya - Bulletin Saya

Wednesday 19 June 2019

Lelaki ini diarah buka samping ketika masuk Istana Johor.TMJ Bagi Jawapannya

0
Lelaki ini diarah buka samping ketika masuk Istana Johor.TMJ Bagi Jawapannya
Sempena hari raya Aidilfitri ini, sudah menjadi kebiasaan  bagi kerabat diraja Johor untuk  mengadakan majlis rumah terbuka Aildi Fitri yang bertempat di Istana Johor.


Para tetamu yang hadir ke majlis tersebut dari kalangan rakyat tidak melepaskan peluang untuk berkongsi suasana majlis tersebut  dengan memuat naik foto pada majlis Aidil Fitri itu.

Apa yang menariknya adalah satu perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, cerita tentang seorang lelaki  yang telah diarahkan untuk menanggalkan samping yang dipakainya di mana ketika itu beliau memakai seluar hitam berserta samping, .
@Syabil95
I was going to Rumah terbuka at Istana Johor and guess what kena buka sampin sbb pakai dgn seluar hitam

Tweet tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Syabil, telah diulang kicau sebanyak 6 ribu kali dan telah mendapat perhatian ramai.

Menurut Syabil, pada mulanya dia sudahpun bersiap untuk ke majlis tersebut dengan memakai pakaian baju Melayu Johor yang lengkap, tetapi setibanya beliau di hadapan pintu istana Johor, Syabil telah diarahkan untuk menanggalkan samping yang dipakainya.

Penjelasan TMJ tentang pakaian tradisi Keluarga Di Raja Johor.

Sehubungan, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah memuat naik satu status di IG Story berkaitan perihal isu yang menjadi cakap-cakap ramai.

Berdasarkan penjelasan daripada TMJ telah mendapat perhatian ramai, malah gesaan TMJ supaya orang ramai tidak sewenangnya memakai pakaian baju Melayu teluk belanga gaya kerabat diraja Johor telah disambut oleh netizen.

Baru tahu rupanya..


Sumber : TMJ, Syabil95
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment