Teknik Pembunuhan Kejam Kim Jong-un Guna Ikan Pirana - Bulletin Saya

Saturday, 15 June 2019

Teknik Pembunuhan Kejam Kim Jong-un Guna Ikan Pirana

0
Teknik Pembunuhan Kejam Kim Jong-un Guna Ikan Pirana

PRESIDEN Korea Utara Kim Jong-un sudah disyaki sekian lama memerintahkan pelaksanaan hukuman mati paling kejam kepada mereka yang menentangnya.
Laporan tersebar bulan ini apabila dia dilaporkan mencampakkan seorang jeneralnya ke dalam tangki dipenuhi ikan pirana selepas didakwa merancang untuk menggulingkannya.
Beberapa bahagian utama tubuh badan jeneral yang tidak didedahkan identitinya itu dipotong sebelum dicampakkan ke dalam tangki tersebut.
Difahamkan Jong-un mendapat inspirasi daripada filem James Bond 1977 'The Spy Who Loved Me' yang menyaksikan Helga Brandt dimakan pirana sebagai hukuman kerana tidak membunuh 007.
Kim Jong-un.
Menurut Dr John Hemmings yang memberi taklimat kepada Pejabat Luar Negeri UK dan Kementerian Pertahanan berkaitan isu Asia, kaedah pembunuhan kejam itu sering diadaptasi menerusi filem-filem Hollywood.
Dia memberitahu The Sun, pemerintah diktator seperti Jong-Un mengamalkan pelaksanaan hukuman bunuh itu untuk mengekalkan penguasaannya.
Sejak berkuasa pada 2011, Jong-un didakwa sering menggunakan kekerasan terhadap sesiapa sahaja yang cuba menentangnya.
Selain itu, Jong-un turut didakwa memaksa pembelot Hee Yeon Lim untuk menyaksikan pembunuhan sekumpulan 11 pemuzik yang ditembak menggunakan senjata anti-pesawat di dalam stadium bola sepak pada 2017 selepas mereka dituduh menghasilkan video pornografi.
Sekumpulan 11 pemuzik turut dibunuh menggunakan senjata anti-pesawat.
Yeon Lim mendakwa selepas ditembak, badan mangsa turut digilis di atas tanah oleh kereta kebal.
Dalam pada itu, Jong-un turut membunuh ramai pegawainya dengan bantuan skuad menembak.
Pada April lalu, empat pegawai dari Kementerian Luar dibunuh skuad penembak di Pyongyang selepas rundingan Jong-un dan Trump menemui jalan buntu.
Menurut agensi berita Jepun, Korea Utara mendakwa empat pegawai itu menjual maklumat kepada Amerika Syarikat (AS) sebelum sidang kemuncak Hanoi sekali gus menyebabkan rundingan tersebut gagal.

sumber - Mirror.co.uk
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment